Sabtu, 24 Oktober 2009




Shallom semua... Anggota jemaat PCS Kg. Nongkul.


Walau di mana anda berada semoga tuhan Yesus memberkati, dalam pekerjaan, pelajaran dan bisnes yang anda ceburi.




Bilik utiliti gereja kita akhirnya telah siap dibina dalam masa 6 bulan (Mac - Spetember 2009).


Puji tuhan kerana Ia memberkati usaha kita selama ini. Kita semua percaya bahwa apa sahaja yang kita lakukan demi kebaikan gereja dan khususnya kemuliaan Tuhan sudah tentu Ia memberkati sehingga projek berkenaan siap.




Pada tahun 2010, gereja kita berhasrat untuk membina dapur gereja. Kerana dapur yang kita ada sebelum ini telah dirobohkan kerana kedudukan tapaknya sebahagiannya telah diambil oleh bilik utiliti.




Memandangkan gereja memang memerlukan dapur, jadi kita berhasrat untuk membina semula dapur gereja. Ciri dapur itu nanti adalah dari bangunan konkrit dan lebih moden.


Semoga Tuhan memberkati, agar dapur tersebut akan siap pada bulan Disember 2010. AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan