Isnin, 16 Februari 2009

PROFIL GEREJA


SEJARAH JEMAAT

Jemaat PCS Kg. Nongkul telah diwujudkan pada tahun 1980an, sebelum pengwujud jemaat PCS Kg. Nongkul, anggota jemaatnya Kg. Nongkul menjadi anggota jemaat PCS Kg.Bonduk. Oleh sebab faktor jarak beribadah yang agak jauh, gembala parokhi pada masa itu memutuskan agar Jemaat PCS Kg. Nongkul perlu diwujudkan.
Pada awal pengwujud, tempat beribadah adalah dirumah anggota jemaat, dengan cara bergilir-gilir tempat beribadah. Walaubagaimana pun pada akhirnya ada seorang anggota yang mengizinkan rumah mereka dijadikan gereja sementara (pada masa itu rumah mereka tidak didiami kerana mereka tinggal di rumah panjang) sebelum adanya bangun gereja sendiri, selama 2 sehingga 3 tahun.
Pada akhir tahun 1985, bangun gereja PCS Kg. Nongkul telah siap dibina dengan kos pada masa itu lebih kurang RM5 Ribu. Peruntukan pembinaan adalah dari kerjaan Negeri pada masa itu (Kerejaan PBS). Ciri bangunan itu adalah size 14 kaki lebar dan panjang 30 kaki. Berbentuk ‘sulap’. Bahan bangunan adalah kayu berlantai konkrit.
Bangunan gereja ini digunakan selama 22 tahun, sehinggalah Jemaat PCS Kg. Nongkul sekali lagi mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri (Kerjaan Barisan Nasional) sebanyak RM23, 750.00. Pada tahun 2007.
Banguna baru itu dibina oleh anggota jemaat sendiri dengan cara dibayar gaji dengan kadar RM10.00 sehingga pembinaan bangunan 70% siap dan seterusnya dibuat secara bergotong-royong tanpa upah sehingga bangunan siap dibina 100%.
Bangunan baru itu telah berjaya dibina dalam masa 3 bulan. Ciri bangun ini adalah; bangunan konkrit, lantai bertiles dan dilengkapi dengan utiliti elektrik, size bangunan 20 kaki lebar, 35 kaki panjang.
Perasmian bangunan ini telah dibuat pada Julai 2007, oleh YB Jornah Mozihim Adun N4 Matunggung.


JEMAAT MANDIRI

Pada 3hb Januari 2009, pada mesyuarat Sikuati D yang telah diadakan di gereja PCS Kg. Nongkul, Tumpuk dan Pendeta Bahagian Sikuati D yang hadir pada masa itu mengesah agar Jemaat Kg. Nongkul, Jemaat Bonduk dan Jemaat Garau agar mengambil keputusan mandiri. Mengikut jejak Jemaat Naranang, Jemaat Kiopu, Jemaat Pituru dan Jemaat Kabangan.
Wakil jemaat Nongkul pada masa itu menerima saranan pendeta dan tumpuk tersebut. Dengan itu mulai pada saat itu jemaat Nongkul akan menjadi jemaat mandiri.
Jemaat PCS Kg. Nongkul Mandiri mempunyai 28 keluarga (18/1/09). Mempunyai 134 anggota termasuk anggota jemaat berada di luar Daerah Kudat (Bekerja dan berkursus)
Jemaat PCS Kg. Nongkul struktur dalam Parokhi Sikuati adalah dalam bahagian Sikuati D.
Kedudukan jarak dari Station Parokhi Sikuati lebih kurang 16km dan 36km jarak dari Pusat PCS di Batu 2 Jalan Atas Kudat.
Dihubungkan dengan jalan raya tidak berturap, boleh dilalui oleh sebarang kenderaan sepanjang masa.
Mempunyai bekalan eletrik dan ada isyarat telefon mudah alih (Handphone)
Pekerja anggota adalah; 85% adalah petani, 9% sektor swasta, pekerja separuh mahir dalam sektor pembinaan 3%, 2% sektor pengangkutan awam dan 1% sektor kerajaan,


VISI JEMAAT

Visi menjelang 2030

Jemaat PCS Kg. Nongkul menjadi jemaat yang matang dalam, aspek kerohaniaan Ekonomi dan pengurusan gereja.


MISI JEMAAT

Misi menjelang 2025

Matang secara rohani, iaitu dapat memujudkan anggota jemaat yang dipenuhi oleh Roh Kudus agar menjadi jemaat yang menyembah Tuhan Yesus baik dalam bangun gereja dan juga dengan kehidupan harian yang menyenangkan hati Tuhan. Dapat membudayakan sikap kasih yang sejati dari Tuhan Yesus Kristus .
Mempunyai iman yang besar dapat dilihat dalam kehadiran kebaktian mingguan dan pemberian persembahan, perpuluhan dan pemberian gaji gembala sidang.
Matang secara ekonomi gereja, iaitu dengan dapat menyediakan fasiliti bangunan gereja, bangunan gereja kanak-kanak, pejabat dan rumah gembala jemaat menjelang 2030, dapat menggaji gembala sidang dengan gaji yang berpatutan.
Matang dalam pengurusan gereja, dengan dapat menyediakan peralatan pejabat seperti; computer, printer, LCD Moniter, sistem fail yang sistematik dan sebagainya sesuai dengan peredaran semasa.
Dapat menyediakan ruang dalam luar gereja yang kemas, bersih, selamat dan menyenangkan anggota jemaat semasa beribadah atau sebarang aktiviti gereja. Dapat juga mewujudkan landskap gereja yang indah bercirikan gereja dalam taman indah.


OBJEKTIF JEMAAT

Sasaran dalam pelayanan kearah mencapai visi dan misi.

Meningkatkan pengetahuan thelogia anggota jemaat, dengan mengadakan kursus singkat, menghantar anggota belajar di PLA atau STS.
Memperkasakan kualiti penyembahan jemaat dalam kebaktian Umum, kebaktian sekolah minggu (ASM) dan kebaktian rumahtangga (KBRT) dengan pengunaan alat muzik dalam menyanyikan lalu gereja dengan cara yang teratur, merdu dan hidup dihadapan TUHAN.
Menggalakkan pertumbuhan rohani anggota jemaat dengan memberi input pengajaran Alkitab dalam khotbah kebaktian umum, khotbah kebaktian keluarga dan sebarang aktiviti gereja.
Mengadakan pelbagai aktiviti gereja seperti seminar jemaat, retret jemaat, khema belia dan sebagainya.
Meningkatkan pendapatan gereja dengan mengadakan pelbagi aktiviti seperti; kerja bakti, bazaar gereja, beras kudus, pemberian perpuluhn, ucap syukur, tabung utiliti, tabung kemandirian, persembahan ½ dan sebagainya. Pendapat jemaat sekurang-kurangnya sepuluh ribu ringgit setahun.


Projek bagi tahun 2009 adalah;

Mengaji gembala sidang bagi pengembalaan jemaat.
Membina bilik Utilit / pejabat gereja.
Membina tandas gereja.
Membiayai sepenuhnya kos pelayanan mimbar dan pelayan lain gereja bermula tahun 2009.
Menghantar para pemimpin jemaat mengikuti kelas alkitab yang dianjurkan oleh PCS atau STS.
Penggunaan alat muzik dalam kebaktian umum.
Kepimpinan jemaat akan diterajui oleh Majlis Gereja sesuai dengan penstrukturan baru PCS.
Aktiviti mengumpul dana dengan meneruskan kantung pesembahan ½, peti persembahan Kemandirian, peti persembahan Utilit dan peti persembahan Ucap dan Perpuluhan.
Aktiviti dari semasa kesemasa yang difikirkan sesuai dan menguntungkan anggota jemaat dalam aspek kerohanian.


TEMA GEREJA

“ SEIA SEKATA DAN SEPERASAAN DALAM KRISTUS”

Tema ini merupakan tema gereja pada tahun 2000, semasa majlis ulang tahun ke-15 gereja. Sebuah lagi dicipta khusus menerangkan maksud tema ini
(penulis lirik En. Manuel Akiun, Lagu En. Lawrence Magaat dan En. Herius Magabu)
Tema ini memberi penekanan bahwa kesatuan dalam Kristus adalah suatu yang perlu dalam gereja. Kesatuan tersebut boleh dilihat dan boleh dirasakan oleh semua anggota jemaat.
Adanya kesatuan dalam hati, fikiran dan perasaan akan mewujudkan suatu suasana yang amat indah di dalam jemaat. Kesannya tugas dalam pelayanan dapat dijalankan seperti; 1. Tugas azli kita sebagai seorang insan, iaitu tugas sebagai ahli dalam keluarga kita sendiri (sebagai bapa, ibu dan anak). 2. Dapat mejalankan tugas kita sebagai ahli tubuh kristus (gereja) sesuai karunia yang Tuhan berikan kepada kita. 3. Dapat saling melayani sesama dengan penuh minat dan kasih, tanpa jemu-jemu dan akan berkesudahan.
Tema ini terus diguna pakai oleh jemaat sehingga kini. Kerana imapk yang amat ketara dalam pertumbuhan jemaat PCS Kg. Nongkul. Sekian.


STRUKTUR KEDUDUKAN ORGANISASI MAJLIS JEMAAT KG. NONGKUL DALAM PCS

EXCO PCS
MAJLIS PAROKHI PCS SIKUATI
MAJIIS GEREJA PCS JEMAAT
KG. NONGKUL


Struktur CARTA ORGANISASI
MAJLIS GEREJA PCS JEMAAT KG. NONGKUL


PENGURUS HARIAN
KETUA 1: Penatua
KETUA 2: Penatua
KEROHANIAAN
1. Pendeta
2. Penatua
3. Diaken
4. Diaken

PEMBINAAN WARGA JEMAAT
1. Penatua
2. Diaken
ASM: 1. Diaken
2. Diaken
3. Diaken
BELIA: 1. Diaken
2. Diaken
3. Diaken
4. Diaken
WANITA: 1. Diaken
2. Diaken
BAPA: 1. Diaken
2. Diaken
WARGA EMAS: 1. Penatua
2. Penatua

KEBAJIKAN / DIKONIA
1. Diaken
2. Diaken
3. Diaken
4. Diaken

BIDANG VERIFIKASI / AUDIT
1. Penatua
2. Diaken

PELAYANAN
RUMAH TANGGA
1. Penatua
2. Diaken
3. Diaken

PENGURUS BIDANG

SETIAUSAHA
1. Diaken
2. Diaken

BENDAHARI
1. Penatua
2. Diaken

AHLI / AJK
1. Penatua
2. Diaken
3. Gembala Sidang


MAJLIS GEREJA

Tugas dan tanggungjawab

Majlis Gereja adalah pengurus dan pentadbir hal-ehwal yang berkaitan dengan jemaat PCS Kg. Nongkul Kudat sepenuhnya, yang mencakupi kerohanian, infrastruktur dan sebarang harta milik gereja. walaubagaimana pun masih ada kewajipan untuk akur dan berkerjasama dengan majlis pelayanan Sikuati D, gembala parokhi Sikuati, majlis parokhi Sikuati dan ESCO PCS.

Ahli dalam majlis gereja

Ahli majlis gereja adalah terdiri daripada para penatua dan diaken yang telah dipilih oleh keluarga anggota jemaat secara undian. Iaitu 6 orang penatua dan 21 diaken.
Para penatua dan diaken pula seterusnya memilih dikalangan mereka untuk teraju kepimpinan majlis gereja juga secara undian. Struktur majlis gereja adalah seperti dalam carta organisasi majlis gereja (m/s 6).

Aktiviti majlis gereja

Majlis Gereja mempunyai kewajipan mengadakan mesyuarat Majlis Gereja Khas dan Menyuarat Majlis Gereja Umum.
Mesyuarat Majlis Gereja Khas dihadiri oleh ahli majlis gereja, diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah memilih gembala sidang.
Mesyuarat Majlis Gereja Umum (Mesyuarat Agung) pula dihadiri oleh semua anggota jemaat PCS Kg. Nongkul, bersidang sekali dalam setahun. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah pembubaran majlis gereja apabila tamat tempoh, dan seterusnya memilih ahli majlis gereja, dengan memilih para pelayan penatua dan diaken.
Ahli Majlis Gereja tempoh lantikan adalah selama tiga tahun. Setiap kali tamat tempoh lantikan akan diadakan pemburaan dan pemilihan semula akan dibuat. Ahli Majlis Gereja yang telah dibubarkan boleh sekali lagi dicalonkan dan seterusnya boleh dipilih menjawat sebarang jawatan dalam Majlis Gereja nanti, asalkan mereka telah dipilih menjadi penatua atau diaken. (hanya penatua, diaken dan gembala sidang / pendeta / tumpuk sahaja yang boleh menjadi ahli majlis gereja)

GEMBALA SIDANG

Tugas Kerohanian:

Menjadi gembala / menjaga anggota jemaat dalam semua aspek kerohanian melalui cara;
1. Pelayanan mimbar (Pemimpin kebaktian, pemuzik atau pengkhotbah)
2. Pelayanan KBRT satu keluarga dalam satu minggu, pelayanan bersama dengan anggota jemaat.
3. Pelayanan kebaktian ucap syukur; harijadi, monginsuhat, dan lain-lain.
4. Mengadakan lawatan anggota jemaat di hospital dengan mendoakan mereka di dalam wad.
5. Pelayanan penghiburan; Kebaktian 3 malam penghiburan.
6. Pelayanan pengkebumian; mengatur pendeta / tumpuk yang akan melayani.
7. Membantu para pendeta / tumpuk dalam sekriman Perjamuan Kudus, kelas babtisan dan pembabtisan dan juga upacara pemberkatan perkawinan.

Tugas Pengurusan gereja

Tugas gembala sidang dalam pengurusan gereja adalah lebih kepada membantu majlis gereja.

1 Membantu majlis gereja menyediakan jadual pelayanan mimbar.
2. Membantu majlis gereja dalam urusan bank.
3. Membantu majlis gereja dalam pembelian keperluan gereja.
4. Membantu majlis gereja dalam penyediaan dokumen yang diperlukan oleh jemaat.
5. Membantu majlis gereja bagi menjaga keselamatan dokumen gereja agar ianya tidak rosak, hilang, atau diketahui umum bagi sebarang dokumen yang dianggap oleh Majlis Gereja adalah sulit.
6. Membantu majlis gerja dalam penyediaan hospitaliti dan utiliti semasa ada aktiviti dalam dan luar gereja.
7. Turut serta dalam aktiviti gotong-royong jemaat dalam melaksanakan sebarang projek gereja.
8. Bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam dan luar bangunan gereja atau sebarang infrastrutur gereja yang ada di taman gereja PCS Kg. Nongkul.
9. Bertanggungjawab membersihkan ruangan dalam bangunan gereja agara ianya sentisa bersih, kemas dan selamat.
10. Bertanggungjawab memotong rumput kawasan taman gereja PCS Kg. Nongkul, di potong sekurang-kurangnya sebulan sekali.
11. Bertanggungjawab untuk mengindahkan kawasan taman gereja PCS Kg. Nongkul dengan menanam bunga.
12. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas mengecat, memperbaiki dan mengindahkan bangun gereja sesuai dengan kemahiranya.

Lain-Lain Tugas

1. Sebarang perubahan (penambahan atau pengurangan) terhadap tugas dan kewajipan gembala sidang adalah tertakluk kepada keputusan majlis gereja.
2. Gembala sidang perlu memohon keizinan kepada majlis gereja sekiranya diundang oleh jemaat lain atau gereja lain dalam sebarang pelayanan atau aktiviti. Majlis gereja berhak mengizinkan atau menolok permohonan tersebut. Bergantung kepada keadaan pelayanan semasa, samaada ianya mengganggu atau tidak terhadap kepentingan jemaat PCS Kg. Nongkul.

Gaji gembala sidang

3. Gembala penuh masa RM400.00 sebulan.
4. Gembala bukan penuh masa gaji dibayar mengikut skil gaji harian RM15.00 satu hari.
5. Ada keniakan gaji setiap tempoh 12 bulan penuh masa bertugas. Diputuskan oleh majlis gereja.

Cuti mingguan

Gembala sidang berhak mendapat cuti mingguan bergaji selama 2 hari.
Gembala sidang boleh memilih hari cuti mingguan tesebut kecuali hari minggu / Ahad.
Cuti tahunan selama 20 hari. Gembala sidang boleh mengambil cuti tahun tersebut pada bila-bila sahaja, walaubagaimana pun majlis gereja berhak tidak meluluskan cuti tersebut, sekiranya difikirkan mengganggu atau menjejaskan kepentingan jemaat PCS Kg. Nongkul.

Masa bekerja

5 kali seminggu.
Dari jam 8.00am sehingga 4.30pm setiap hari.
Walaubagaimana pun gembala sidang masih dituntut bertugas sehingga jam 10.00pm. Apabila gembala sidang mengadakan kebaktian rumah tangga, penghiburan, kebaktian ucap syukur atau sebarang aktiviti gereja di dalam bangun atau luar bangunan gereja.


Pejabat gembala sidang

Dalam bangunan gereja PCS Jemaat Kg. Nongkul sehingga adanya pejabat gereja.
Gembala sidang wajip berada di dalam pejabat pada jam 8.00am sehingga jam 4.30pm pada hari berkerja setiap hari bagi menjalankan tugasnya sebagai gembala sidang. Ketidak adanya di pejabat mestilah dilaporkan kepada majlis gereja.

Penamatan dan penerusan khidmat penjawat gembala sidang

Majlis gereja berhak menamatkan khidmat penjawat gembala sidang dalam masa 24 jam atas sebarang sebab. Sekiranya 2/3 daripada majlis bersetuju dan dibayar sebulan gaji atau gaji harian (mana yang lebih tinggi)
Majlis gereja berhak memanjangkan khidmat penjawat gembala sidang apabila 2/3 daripada majlis gereja bersetuju.
Sebarang prilaku yang dianggap jemaat atau majlis gereja adalah bertentangan dengan status gembala sidang, majlis gereja berhak untuk menegur gembala sidang dalam mesyuarat majlis khas gereja. Sekiranya masih diulangi maka penamatan kerja akan diusulkan oleh majlis gereja. Kemudian diputuskan untuk penamatan tugas sebagai gembala sidang apabila 2/3 ahli majlis gereja bersetuju.

Pelantikan gembala sidang

Hanya ahli majlis gereja sahaja yang berhak mengusulkan nama bagi menjawat jawatan gembala sidang.
Hanya majlis gereja sahaja yang berhak memilih penjawat jawatan gembala sidang apabila 2/3 ahli majlis gereja bersetuju.
Apabila dua atau lebih calon gembala sidang maka undian akan dibuat oleh majlis gereja. Majorit undian dikira pemenangnya. Seterusnya akan dilantik menjawat jawatan gembala sidang.

Kelayakan

Boleh membaca dan menulis dengan lancar.
Fasih berbahasa Rungus.
Sihat secara Rohani, fizikal dan mental.
Mempunyai sikap rendah diri dan kasih yang amat ketara.
Mempunyai kemampuan dalam memimpin sebarang kebaktian dan boleh berkhotbah.
Dimasa akan datang penjawata ini mestilah lulusan Diploma atau Izajah dalam Theologia.
Nota: bagi tujuan gembala sidang pada keadaan semasa jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2009, majlis gereja memutuskan mengambil gembala sidang bukan lulusan Diploma atau Izajah, walaubagaimana pun akan dikaji semula mengikut keadaan semasa (bergantung kepada kewangan anggota jemaat).

PENATUA
Penjawatan penatua

1. Seramai 6 orang pos jawatan penatua sidang jemaat kg. Nongkul bagi tahun 2009.
2 Semua penjawat penatua sidang akan menjadi ahli majlis gereja dengan menjawat, jawatan dalam majlis gereja.
3 Tempoh satu penggal penjawat penatua sidang adalah selama 3 tahun. Jawatan penatua akan lucut apabila tamat tempoh 3 tahun.
4 Pemilihan penatua akan dibuat apabila penggal berakhir, pemilihan dibuat oleh keluarga jemaat dalam persidangan umum majlis gereja.
5 Penatua yang tamat tempoh penggal jawatannya boleh dicalonkan dan boleh menjawatnya sekali lagi sekiranya mendapat undi majorit dari anggota jemaat.
6 Pelucutan penjawat penatua sidang; Boleh berlaku pada sesiap sahaja penjawat penatua sidang sebelum temat tempoh penggal lantikannya., apabila;
1) Penjawat penatua sidang itu sendiri melepaskan jawatan itu atas sebarang sebab, baginya melakukan demikian.
2) Majlis Gereja mendapati penjawat penatua sidang tersebut berkelakuan bertentangan dengan jawatanya. Undian akan dibuat oleh ahli majlis gereja dalam mesyuarat khas majlis gereja dan apabila 2/3 ahli majlis gereja setuju dengan usul pelucutan penjawat penatua tersebut maka berlakulah pelucutan penjawatan penatua sidang berkenaan. Dan dengan serta-merta majlis gereja akan mangadakan pemilihan baru penjawat penatua sidang yang telah dikosongkan tidak lebih satu bulan dari berlakunya kekosongan tersebut.

Pemilihan

Penjawat penatua adalah diundi oleh keluarga jemaat dalam mesyuarat majlis khas atau mesyuarat majlis umum.
Kemudian diteguhkan oleh Gembala parokhi Sikuati, melalui doa.

Tugas dan tanggungjawab.

Menerajui kepimpinan rohani dan pengurusan gereja melalui majlis gereja, sesuai dengan jawatannya dalam majlis gereja.
Membantu tugas gembala sidang dalam bidang kerohaniaan.

Kelayakan

Boleh membaca dan menulis dengan lancar.
3. Fasih berbahasa Rungus.
Sihat secara Rohani, fizikal dan mental.
Mempunyai sikap rendah diri dan kasih yang amat ketara.
Mempunyai kemampuan dalam memimpin sebarang kebaktian dan boleh berkhotbah.
Mempunyai karunia kepimpinan yang amat ketara.


DIAKEN

Penjawatan diaken
1. Seramai 21 orang pos jawatan diaken sidang jemaat kg. Nongkul bagi tahun 2009.
7 Semua penjawat diaken sidang akan menjadi ahli majlis gereja dengan menjawat, jawatan dalam majlis gereja.
8 Tempoh satu penggal penjawat diaken sidang adalah selama 3 tahun. Jawatan diaken akan lucut apabila tampat tempoh 3 tahun.
9 Pemilihan diaken akan dibuat apabila penggal berakhir, pemilihan dibuat oleh keluarga jemaat dalam persidangan umum majlis gereja.
10 Diaken yang tamat tempoh penggal jawatannya boleh dicalonkan dan boleh menjawatnya sekali lagi sekiranya mendapat undi majorit dari anggota jemaat.
11 Pelucutan penjawat diaken sidang; Boleh berlaku pada sesiap sahaja penjawat diaken sidang sebelum temat tempoh penggal lantikannya., apabila;
1) Diaken penatua sidang itu sendiri melepaskan jawatan itu atas sebarang sebab, baginya melakukan demikian.
2) Majlis Gereja mendapati penjawat diaken sidang tersebut berkelakuan bertentangan dengan jawatanya. Undian akan dibuat oleh ahli majlis gereja dalam mesyuarat khas majlis gereja dan apabila 2/3 ahli majlis gereja setuju dengan usul pelucutan penjawat diaken tersebut maka berlakulah pelucutan penjawatan diaken sidang berkenaan. Dan dengan serta-merta majlis gereja akan mangadakan pemilihan baru penjawat diaken sidang yang telah dikosongkan tidak lebih satu bulan dari berlakunya kekosongan tersebut.

Pemilihan

Penjawat penatua adalah diundi oleh keluarga jemaat dalam mesyuarat majlis khas atau mesyuarat majlis umum.
Kemudian diteguhkan oleh Gembala parokhi Sikuati, melalui doa.

Tugas dan tanggungjawab.

Menerajui kepimpinan rohani dan pengurusan gereja melalui majlis gereja, sesuai dengan jawatannya dalam majlis gereja.
Membantu tugas gembala sidang dan penatua dalam bidang kerohaniaan dan pengurusan gereja sesuai jawatan dalam majlis gereja.


CARTA ORGANISASI
MAJLIS GEREJA PCS JEMAAT KG. NONGKUL
Bagi Sesi 25/1/09 SEHINGGA 25/1/12

PENGURUS HARIAN
KETUA 1: Hendry Magaat (penatua)
KETUA 2: Moribun Yabahar (penatua)

KEROHANIAAN
1. Pendeta (tiada)
2. Operal Bagansap (Penatua)
3. Herius Magabu (Diaken)
4. Vensent Hendry (Diaken)

PEMBINAAN WARGA JEMAAT
1. Manuel Akiun (Penatua)
2. Johny Osunting (Diaken)
ASM: 1. Nosni Asakong (Diaken)
2. Raulis Hendry (Diaken)
3. Jerol Pirig (Diaken)
BELIA: 1. Jukilim Bahado (Diaken)
2. Jolius Dowong (Diaken)
3. Leryson Pirig (Diaken)
4. Jerry Pirig (Diaken)
WANITA: 1. Jaine Maitang (Diaken)
2. Yabit Talo (Diaken)
BAPA: 1. Akiun Kula (Diaken)
2. Ronny Ahkang (Diaken)
WARGA EMAS: 1. Kamandan Ungat (Penatua)
2. Pirig Yukun (Penatua)

KEBAJIKAN / DIKONIA
1. Dusi Ahau (Diaken)
2. Inobuting Ahau (Diaken)
3. Fenny Ombiriyan (Diaken)
4. Jokius Dowong (Diaken)

BIDANG VERIFIKASI / AUDIT
1. Moribun Yabahar (Penatua)
2. Jafrin Ahsun (Diaken)

PELAYANAN
RUMAH TANGGA

1. Hendry Magaat (Penatua)
2. Levi Akiun (Diaken)
3. Magrin Bahado (Diaken)

PENGURUS BIDANG

SETIAUSAHA
1. Jerry Pirig (Diaken)
2. Jafrin Ahsun (Diaken)
BENDAHARI
1. Pirig Yukun (Penatua)
2. Jukilim (Diaken)
AHLI / AJK
1. Manuel Akiun (Penatua )
2. Jaine Maitang (Diaken)
3. Gembala Sidang


HARTA GEREJA PCS JEMAAT KG. NONGKUL

BIL
NAMA HARTA
ANGGARAN HARGA
SEMASA
CARA PEMILIKAN / PEROLEHAN


1
Bangunan gereja
(20’X 35’)
80 ribu ringgit
Peruntukan kerajaan negeri Sabah tahun 2007

2
Bangunan dapur gereja (15’X 20’)
2 ribu ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2005

3
Bangunan gereja kanak-kanak (10’X15’)
5 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2004

5
Tangki air 400gl
1 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2006

6
Amplifire jenama Jeban
3 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

7
Pendawaian gereja
3 ribu ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007
8
Gitar karen
3 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

9
Gitar bass karen
3 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

10
Drum
5 ribu ringgit
Dipinjam dari Datuk Dr. Maksimus Ongkili Ahli Parlimen Marudu. Tahun 2008

11
Pinggan –mangkuk gereja
1 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2004

12
Sign Board Gereja (konkrit)
5 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2005

13
Tanah gereja
(100m x 50m)
5 ribu ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul status belum dipohon di Jabatan Tahah Kudat. Pemilik asal tanah memberikan kepada gereja.

14
Mikrofone tanpa wayar
60 ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

15
Speaker 2 set
Jenama Sagasonic
5 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

16
Mimbar
3 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

17
Meja
2 ratus ringgit
Jemaat PCS Kg. Nongkul tahun 2007

16
Anggaran kasar harta gereja PCS Jemaat Kg. Nongkul
98,160.00 Ribu Ringgit
Tahun 2009 (Januari)

PEROLEHAN JEMAAT

Kantung persembahan kebaktian umum (dikembalikan ke parokhi)
Kantung persembahan kebaktian umum (perembahan ½)
Tabung Kemandirian
Tabung Utiliti
Peti Ucap Syukur dan Perpuluhan.
Perolehan wang persembaha tahun 2008 sebanyak RM2, 305.20

Wang tunai dalam bank pada 12/12/08 adalah sebanyak RM3, 032.46


AKTIVITI JEMAAT

Kebaktian Umum (3.00 petang setiap hari Ahad) purat kehadiran 50 orang daripada 80 orang yang tinggal di kampung.
Lawatan luar daerah Kudat setiap tahun.
Kebaktian Sekolah Minggu.
Kebaktian keluarga (KBRT).
Kebaktian penghiburan dan pengkebumian.
Kelas babtisan dan Babtisan.
Perjamuan Kudus 3 bulan sekali.
Perberkatan perkawinan.
Aktiviti gotong-royong bagi kerja-kerja gereja seperti; memotong rumput, menghias bangun, mengutip sampah-sarap di dalam dan luar gereja dan kerja-kerja baik pulih bangunan atau penambah-baikan bangunan.
Aktiviti kebajikan ‘mogontong.’ Pungutan derma RM10.00 setiap keluarga kemudian diberikan kepada keluarga yang akan mengadakan majlis perkawinan.
Aktiviti kebajikan ‘monulung.’ Untuk keluarga yang sedang ditimpa sebarang kesusahan yang teruk.

KADAR BAYARAN PELAYANAN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PELAYAN LUAR JEMAAT PCS KG. NONGKUL KUDAT YANG MELAYANI DI GEREJA / JEMAAT PCS KG. NONGKUL KUDAT.

BIL
PELAYANAN
KADAR BAYARAN
1
Pengkhotbah kebaktian umum
Penginjil
Tumpuk / Pendeta
RM10.00
RM15.00

2
Pelayanan Keluarga (KBRT, Harijadi, Ucap syukur atau ‘Monginsuhat’)
Pengkhotbah
Pemimpin
RM15.00
RM10.00

3
Pelayanan Penghiburan
Pengkhotbah
Pemimpin
RM15.00
RM10.00

4
Pelayanan Pengkebumian.
RM30.00

5
Pelayanan Pemberkatan Perkawinan
RM30.00

6
Perjamuan Kudus
RM30.00

7
Kelas Babtisan sehingga habis sesi
RM50.00

8
Kelas Komformasi sehingga habis sesi
RM50.00

9
Pembabtisan atau komformasi
RM30.00

10
Sebarang bayaran pelayanan boleh dibuat sekiranya mendapat kelulusan dari majlis gereja.

DISIPLIN PARA PELAYAN, Penatua, DIAKEN DAN GEMBALA SIDANG DALAM PELAYANAN

Menjadi contoh dalam memperktikan sikap kasih terhadap anggota jemaat.
Bersiap sedia untuk memimpin dan berkhotbah setiap kali hadiri kebaktian umum gereja. Walaupun bukan jadual pelayananya.
Hadir kekebaktian sebelum 3.00petang setiap kali kebaktian umum atau sebarang pelayanan lain, datang awal iaitu 15 minit sebelum tiba masa dijanjikan.
Sentiasa bersiap-sedia melayani anggota dengan apa juga pelayanan.

1 ulasan:

  1. Seminar Penginjilan Siri 3 anjuran Sikuati D seperti berikut:

    Tarikh : 27/12/14
    Tempat: Gereja PCS Kg. Poturu
    Masa: 9 am - 5 pm
    Fasilitator: Asandul Mozihim

    Diharapkan semua pengkhutbah dari PCS Kg. Nongkul dapat menghadiri seminar ini untuk meningkatkan prestasi dalam penyampaian Firman Tuhan.

    Terima kasih!

    BalasPadam