Rabu, 25 November 2015

Shallom sokovai warga jemaat Nongkul yang dikasihi, semoga berkat tuhan Yesus terus mencurah-curah dalam kehidupan kita semua. Agak lama juga saya tidak update blog ini, last update tahun 2013 dan baru hari ini saya update 26/11/15, lebih kurang dua tahun tidak update, nasip baik saya masih ingat address page dan password hehe... Gambar diatas adalah gambar saya dan keluarga saya dan adik saya masa Krismas tahun 2013. Tema waran biru masa ini. Setiap Krismas ada sesuatu yang istemewa, walupun saban tahun disambut. Amin
Cantikkan suasana dalam gereja dengan warna biru, sejuk mata memandang dan pastinya semua ini untuk kemuliaan Tuhan Yesus Kristus.

Gambar di atas pula hehe buat apa itu, sejukkan itu sayap, ini untuk hidangan makan malam untuk kebaktian menyambut tahun 2014.
Kami masih selesa dan sangat menyukai nasi dibungkus dengan daun, Wangi dan nasi tahan basi, boleh tahan sampai 2 hari ini...
BBQ kita malam ini...seronok ini...suasana musim hujan. Dulu sebelum kami ada bangunan dapur gereja susah buat aktiviti BBQ, tapi tahun ini dapur kami sudah siap kalau hujan pun tiada masalah BBQ. Terima kasih Tuhan Yesus sebab tidak biarkan kami kena hujan masa buat BBQ.
Ada juga sukaneka kami oh....

Sepenuh tenaga diorang tarik oh..hahaha..
Warna-warni kebaktian Krismas dan lepas Krismas tahun 2013. Ternyata ada suka-cita dalam hati, haleluya.