Shalom semua dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Semuoga semua sihat dan diberkati oleh Tuhan.
Inilah permulaan pembinaan dapur dan dewan makan gereja kita.
Fasa pertama pembinaan adalah membina lantai konkrit dan atap dijangka akan siap pada Disember 2010.
Fasa kedua ialah membina dua buah bilik, yang akan bermula pada bulan April 2011 dan dijangka akan siap pada Disember 2011.
Fasa ketiga ialah membuat dinding pada bahagian ruang tempat makan. dan membuat sink dan meja tempat memasak. Projek ini akan bermula pada bulan April 2012 sehingga Disember 2012.
Kita amat memerlukan sokongan doa dan kewangan dari semua anggota untuk menyelesaikan projek ini. Dianggarkan kos lebih kurang RM10 Ribu untuk menyelesaikan tiga fasa pembinaan ini.
Bagi anggota jemaat yang tergerak untuk memberi sumbangan kewangan bolehlah terus memasukkan wang ke dalam akaun gereja kita seperti yang tertera pada muka hadapan blog ini.
Sekian tuhan memberkati kita semua. Amen.
Sabtu, 24 April 2010
Ahad, 4 April 2010
Aktiviti sambutan Paska pada 4/4/2010.. Syukur pada Tuhan kerana ramai anggota jemaat yang hadir ikut serta dalam ibadah Paska ini...
Sekali dalam setahun kita menyambut Paska. Paska penting kerana kita diingatkan bahwa kita yang hidup akan mati dan yang telah mati akan dibangkitkan dan masuk dalam kehidupan kekal di Surga, bagi mereka yang percaya pada Tuhan Yesus Kristus. Seperti mana Tuhan Yesus bangkit dari kematian setelah tiga hari dalam kematian. Amin... Itulah hebatnya menjadi Kristian yang beriman pada Tuhan Yesus Kristus...
Bagi anggota jemaat yang berada di mana-mana, gereja kita mengucapkan selamat menyambut Paska. Semoga semua gembira dan sihat sentiasa. Kami di kg. semua sihat walfiat. Amin.

Langgan:
Catatan (Atom)